Monday, December 1, 2008

Rayuan Sedekah Korban 1428 H

Allah berfirman:

Maksudnya: ‘Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya’(al-Hajj:37).


Sedekah Korban adalah ibadah yang berupa pemberian sedekah daging korban yang disembelih pada Hari Raya ‘Aidil ‘Adha. Maka sedekah korban adalah ibadah yang istimewa kerana ia adalah gabungan ibadah korban dengan bersedekah, di samping dilaksanakan pada hari-hari yang amat mulia di sisi Allah.


Oleh itu Teratak Rahmat, memohon umat Islam yang akan menunaikan ibadah korban agar sudi untuk menghulurkan sedekah berupa daging daripada haiwan korban yang disembelih sempena sambutan ‘Aidil Adha 1428 H ini. Matlamat rayuan ini adalah untuk mengumpul sebanyak mungkin daging korban segar untuk dijadikan makanan selama setahun penghuni Teratak Rahmat.

Daging yang disumbangkan akan disimpan di dalam peti sejuk besar dan akan dikeluarkan sedikit demi sedikit untuk dijadikan makanan penghuni Teratak Rahmat. Daging yang tidak muat disimpan dalam peti sejuk pula akan diproses menjadi daging kering supaya dapat disimpan lama. Semoga dengan pendekatan ini dapatlah anak-anak yang dididik di Teratak Rahmat menikmati daging sebagai sumber protein yang penting tetapi mahal harganya. Pada ketika anak-anak yatim/miskin dan golongan yang kurang bernasib baik di Teratak Rahmat dibantu dengan makanan berkhasiat lagi berkat, penyumbang sedekah korban juga dapat menunaikan kewajipan mereka dan berpeluang mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah.


Dengan itu, sedekah korban boleh dihantar ke Pusat Pengajian Persatuan Al-Islah Km 1.2, Jalan Mata Ayer. Untuk memudah ahli-ahli Persatuan Al-Islah dan penyokong Sunnah menunaikan tuntutan agama ini, ahli-ahli jawatankuasa Teratak Rahmat juga boleh datang mengambil sumbangan daging tersebut di rumah/tempat tinggal penyumbang pada masa yang boleh dirundingkan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pengerusi Teratak Rahmat di telefon 013-4107924 atau Setiausaha Kerja Teratak Rahmat di telefon 019-4935075.


Bagi individu atau keluarga yang ingin mengadakan sembelihan korban pada tahun ini tetapi masih belum berkesempatan mendapatkan haiwan korban, Teratak Rahmat boleh menguruskan sembelihan tersebut. Harga korban yang ditawarkan hanyalah RM350 bagi setiap bahagian lembu. Tawaran ini masih dibuka sehingga 8 Zulhijjah Insya-Allah. Bagi pertanyaan, sila hubungi saudara Hazman Hassan di telefon 019-4459382.


Semoga peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah menerusi sedekah korban pada hari-hari yang agung dalam Islam ini dapat direbut. Kami berdoa supaya segala sedekah korban yang dihulurkan akan mendapat balasan syurga di akhirat dan kesejahteraan di dunia.


Salam Hormat Daripada Kami

Yang Benar


Othman Haji Husin

Pengerusi Teratak Rahmat



__________________________________________________________

ANJUNG MAKLUMAT


Bantuan Operasi Awal

Anak Rahmat

Rayuan Sedekah Korban 1428 H

SEDANG DICARI : Peralatan Dan Barangan Yang Diperlukan Oleh Teratak Rahmat

Pengisian Teratak Rahmat

Sumber Ekonomi Teratak Rahmat

Perlaksanaan Teratak Rahmat

Pengiktirafan Teratak Rahmat

Tempat Teratak Rahmat

Kepentingan Teratak Rahmat

Objektif Teratak Rahmat

Nama Teratak Rahmat

Siapakah Penghuni Teratak Rahmat

Hubungi Teratak Rahmat

Perkembangan Teratak Rahmat

Jadilah Sahabat Teratak Rahmat

Sumbangan Kepada Teratak Rahmat

Bagaimana Memberi Sumbangan

Program-program Kami

Sejarah & Latar Belakang

Kata-kata Aluan Pengerusi

Apakah Teratak Rahmat?

No comments: